Thursday, December 31, 2009

BAB 1 - REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK (TERAS)

REKABENTUK
DAN
PENGHASILAN PROJEK


Faktor Reka Bentuk

1. Fungsi -
Reka bentuk yang baik mestilah memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

2. Rupa bentuk -
Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk produk yang dihasilkan akan dapat menarik perhatian pengguna.

3. Kesesuaian bahan -
Pemilihan bahan mestilah sesuai, mudah diperolehi, kos yang rendah dan mesra pengguna.

4. Kaedah pembinaan -
Sesuatu rekabentuk yang baik hendaklah mudah dan tidak melibatkan proses pembinaan yang rumit .

5. Ketahanan -
Ketahanan sesuatu rekabentuk seharusnya menepati tujuan atau fungsi reka bentuk itu dibuat, dapat menanggung beban atau penggunaan dalam jangka masa yang panjang.

6. Kos -
Kos sesuatu produk yang hendak dihasilkan hendaklah tidak membebankan pengguna dan berpatutan.

7. Kemasan -
Pastikan kemasan permukaan yang digunakan mestilah menarik dan bersesuaian dengan tujuan penggunaan sesuatu reka bentuk.

8. Keselamatan -
Produk yang direka bentuk tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan bahaya kepada pengguna serta mengambil kira faktor alam sekitar.

9. Nilai komersial –
Mempunyai ciri-ciri untuk dipasarkan seperti unik dan menarik perhatian.


Jenis Bahan

1. Aluminium



  • Sejenis logam bukan ferus(tidak mengandungi besi).
  • Logam ini ringan dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik.
  • Lembut, mudah dipotong dan dibentuk serta tidak berkarat.
  • Contoh kegunaan : Badan kapal terbang, kerangka pintu dan tingkap, dan juga peralatan memasak.

2. Keluli lebut (Mild Steel)



  • Logam jenis ferus yang diperolehi daripada campuran besi dan karbon.
  • Logam ini mudah dipotong, dibentuk, dibengkok, dan boleh dikimpal.
  • Boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tiub, bar, dan kepingan serta pelbagai ketebalan.
  • Tidak sesuai dijadikan alat pemotong kerana lembut dan tidak tajam.
  • Contoh kegunaan : Bol, nat, paku, dawai, jeriji, dan pintu pagar.

3. PVC (Poly Vinyl Chloride)

  • Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta dan kepingan.
  • Sejenis plastik yang keras dan kukuh.
  • Ringan, keras, kukuh, tahan lama, mudah dipotong dan dibentuk tetapi tidak tahan haba.
  • Saiz yang biasa didapati di pasaran berdiameter 13mm, 20mm dan 25 mm.
  • Kegunaan PVC jenis keras : Membuat paip air, penyambung paip dan sesalur pendawaian elektrik.
  • Kegunaan PVC jenis lembut : Barang permainan, botol dan penebat wayar elektrik.

4. Perspek


  • Dinamakan juga sebagai acrylic atau polymethyl methacrylilate(PMMA).
  • Sejenis plastik keras dan tahan lasak.
  • Didapati dalam betuk kepingan, rod, dan tiub.
  • Ringan, kuat, tahan lama, mudah dibersihkan, tidak berkarat, mudah dipotong dan dibentuk dengan haba.
  • Boleh didapati dalam bentuk lutsinar dan pelbagai warna serta ketebalan.
  • Kelemahan : Tidak tahan haba dan mudah calar.
  • Kegunaan : Pembuatan papan peragaan, bekas air dan barangan cenderamata.
Alat Tangan

1. Pemotong perspek

  • Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus.
  • Menggunakan mata pemotong khas yang boleh ditukar ganti.

2. Gandin getah


  • Digunakan untuk mengetuk, membentuk dan melipat kepingan logam lembut tanpa meninggalkan kesan.
  • Boleh didapati dalam pelbagai saiz.
  • Kepala gandin diperbuat daripada getah bagi mengelakkan permukaan kepingan logm daripada tercalar atau rosak semasa melakukan kerja.

3. Riveter


  • Digunakan untuk memasang ribet secara kekal.
  • Digunakan utnuk memasang kepingan logam pada rangka projek yang diperbuat daripada keluli lembut.
  • Sepana dibekalkan untuk memasang atau menanggalkan nozel jika hendak menggunakan ribet yang berlainan saiz.

4. Hot glue gun



  • Digunakan untuk mencairkan glu panas semasa proses mengglu.
  • Elemen pemanasnya memerlukan masa lebih kurang 5 minit untuk mencairkan glu.
  • Apabila picu ditarik, glu yang cair akan dikeluarkan.
  • Rapatkan bahagian yang hendak dicantum sehingga glu sejuk bagi mendapatkan hasil cantuman yang sempurna.

5. Stapler gun



  • Digunakan untuk menyambung kepingan yang nipis dan lembut seperti kain kanvas, kulit, PVC nipis, kepingan papan lapis, MDF, dan mounting board.
  • Digunakan bersama dengan pelbagai saiz dawai kokot.
  • Sebelum proses menyambung dilakukan, bahagian yang hendak dicantum hendaklah dirapatkan.
  • Jenis yang sesuai ialah heavy duty.

6. Penebuk pusat



  • Kegunaan : Menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum kerja menggerudi dilakukan supaya mata gerudi tidak tergelincir semasa kerja mengerudi dijalankan.
  • Mempunyai mata yang bersudut 90 darjah dan digunakan bersama tukul bonggol bulat.
Nama dan Fungsi Mesin Mudah Alih


1. Mesin gergaji jig


  • Kegunaan :
  1. Memotong lengkung, bulat, dan lurus pada papan lapis, MDF, dan papan.
  2. Memotong bahan seperti kayu, logam lembut, dan perspek.
  • Mata pemotong gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi.
  • Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah:
  1. Suis-Menghidupkan motor.
  2. Pemegang-Menetapkan pegangan semasa menggergaji.
  3. Pemegang mata-Menetapkan mata gergaji jig pada benda kerja.
  4. Mata-Memotong bahan yang hendak dipotong.
  5. Tapak-Menahan benda kerja ketika memotong, boleh dicondongkan sehingga 45 darjah.
  6. Motor-Menggerakkan mata gergaji jig.

2. Cordless screw driver

  • Kegunaan : Melonggar atau mengetatkan skru, Menebuk lubang kecil pada kepingan kayu dan logam dengan memasang mata gerudi pintal pada rahang bindu.
  • Menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula dan boleh dibawa kemana-mana tanpa wayar.
  • Dipasang dengan mata pemutar skru mengikut bentuk alur atau kepala pada skuru tersebut.
  • Bahagian utama dan fungsinya adalah seperti dibawah:
  1. Bindu dan rahang bindu-Memegang mata pemutar skru.
  2. Motor-Memutarkan bindu.
  3. Suis-Menghidupkan dan mematikan motor.
  4. Mata pemutar skru-Memutarkan skru.
  5. Pemegang-Memegang mesin semasanproses menskru.
  6. Pengunci bindu-Mengetatkan cengkaman pada rahang bindu.
  7. Pengecas bateri-Mengecas semula bateri mesin.
  8. Tuil pelaras putaran-Mengubah arah putaran bindu apabila tuil berada di tengah-tengah, tuil bertindak sebagai suis iaitu melaras putaran bindu sama ada tinggi atau rendah.
  9. Bateri-Membekal kuasa elektrik bagi menggerakkan motor.

3. Mesin pelelas




  • Kegunaan :
  1. Melelas permukaan kayu atau plastik.
  2. Meratakan permukaan projek kayu.
  3. Meratakan permukaan yang disapu tepung penyumbat.
  4. Membuang bahagian karat pada keluli sebelum kemasan.
  • Dua jenis :
  1. Belt Sander
  2. Disc Sander
  • Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah :
  1. Motor-Menggerakkan sander.
  2. Pemegang-Memegang mesin semasa kerja merata dan melicinkan bahan.
  3. Tapak-Tempat pemasangan kertas pelelas.
  4. Tuil pelaras-Melaraskan tapak sander.
  5. Suis-Hidupkan motor sander.
  6. Kekunci suis-Mengunci suis semasa kerja melelas.
  7. Kabel-Menyalurkan bekalan elektrik.
  8. Penyepit-Menyepit kertas las pada tapak sander.
Pengikat

1. Skru benam sendiri



  • Digunakan untuk kerja-kerja pemasangan dan penyambungan.
  • Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang.


2. Ribet(Rivet)


  • Digunakan untuk menyambung bahan secara kekal.
  • Meribet boleh dilakukan menggunakan set ribet atau pop ribet.

3. Glu panas(Hot melt glue)



  • Digunakan untuk menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis.

PROSES REKABENTUK

1. Mengenal pasti masalah

  • Masalah & keperluan yg perlu diatasi
  • Kumpul maklumat
  • Hasilkan idea dalam bentuk lakaran bebas

2. Memilih idea yang terbaik

  • Hasilkan beberapa idea
  • Pilih idea terbaik

3. Mereka bentuk projek berdasarkan idea terbaik yang telah dipilih

  • Lakaran rekabentuk dalam 2D atau 3D
  • Lakaran diguna sebagai lukisan kerja semasa pembinaan projek

4. Perancangan dan pembinaan projek

  • Perancangan : senarai bahan dan kos, senarai alatan tangan dan mesin, jadual kerja,kaedah atau teknik pembinaan.
  • Pembinaan : Berdasarkan lukisan kerja & perancangan yang disediakan

5. Pengujian dan pengubahsuaian projek

6. Membuat pendokumentasian

LUKISAN PROJEK

  • Tentukan pemilihan lakaran terbaik berdasarkan faktor utama reka bentuk untuk dijadikan lukisan projek.
  • Lukisan projek mempunyai ukuran atau dimensi dan catatkan juga jenis bahan dan kaedah pembinaan dalam lukisan tersebut.


2 comments:

  1. Tahniah dan t.kasih cikgu kerana sudi bkongsi ilmu....izinkan sy gunakan ye...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen atau cadangan di dalam blog ini. Sila berkunjung ke blog ini lagi. Terima kasih.