REKABENTUK
DAN
PENGHASILAN PROJEK
PENGHASILAN PROJEK
Faktor Reka Bentuk
1. Fungsi -
Reka bentuk yang baik mestilah memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
2. Rupa bentuk -
Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk produk yang dihasilkan akan dapat menarik perhatian pengguna.
3. Kesesuaian bahan -
Pemilihan bahan mestilah sesuai, mudah diperolehi, kos yang rendah dan mesra pengguna.
4. Kaedah pembinaan -
Sesuatu rekabentuk yang baik hendaklah mudah dan tidak melibatkan proses pembinaan yang rumit .
5. Ketahanan -
Ketahanan sesuatu rekabentuk seharusnya menepati tujuan atau fungsi reka bentuk itu dibuat, dapat menanggung beban atau penggunaan dalam jangka masa yang panjang.
6. Kos -
Kos sesuatu produk yang hendak dihasilkan hendaklah tidak membebankan pengguna dan berpatutan.
7. Kemasan -
Pastikan kemasan permukaan yang digunakan mestilah menarik dan bersesuaian dengan tujuan penggunaan sesuatu reka bentuk.
8. Keselamatan -
Produk yang direka bentuk tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan bahaya kepada pengguna serta mengambil kira faktor alam sekitar.
9. Nilai komersial –
Mempunyai ciri-ciri untuk dipasarkan seperti unik dan menarik perhatian.
Jenis Bahan
1. Aluminium
- Sejenis logam bukan ferus(tidak mengandungi besi).
- Logam ini ringan dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik.
- Lembut, mudah dipotong dan dibentuk serta tidak berkarat.
- Contoh kegunaan : Badan kapal terbang, kerangka pintu dan tingkap, dan juga peralatan memasak.
2. Keluli lebut (Mild Steel)

- Logam jenis ferus yang diperolehi daripada campuran besi dan karbon.
- Logam ini mudah dipotong, dibentuk, dibengkok, dan boleh dikimpal.
- Boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tiub, bar, dan kepingan serta pelbagai ketebalan.
- Tidak sesuai dijadikan alat pemotong kerana lembut dan tidak tajam.
- Contoh kegunaan : Bol, nat, paku, dawai, jeriji, dan pintu pagar.
3. PVC (Poly Vinyl Chloride)

- Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta dan kepingan.
- Sejenis plastik yang keras dan kukuh.
- Ringan, keras, kukuh, tahan lama, mudah dipotong dan dibentuk tetapi tidak tahan haba.
- Saiz yang biasa didapati di pasaran berdiameter 13mm, 20mm dan 25 mm.
- Kegunaan PVC jenis keras : Membuat paip air, penyambung paip dan sesalur pendawaian elektrik.
- Kegunaan PVC jenis lembut : Barang permainan, botol dan penebat wayar elektrik.
4. Perspek

- Dinamakan juga sebagai acrylic atau polymethyl methacrylilate(PMMA).
- Sejenis plastik keras dan tahan lasak.
- Didapati dalam betuk kepingan, rod, dan tiub.
- Ringan, kuat, tahan lama, mudah dibersihkan, tidak berkarat, mudah dipotong dan dibentuk dengan haba.
- Boleh didapati dalam bentuk lutsinar dan pelbagai warna serta ketebalan.
- Kelemahan : Tidak tahan haba dan mudah calar.
- Kegunaan : Pembuatan papan peragaan, bekas air dan barangan cenderamata.
1. Pemotong perspek

- Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus.
- Menggunakan mata pemotong khas yang boleh ditukar ganti.
2. Gandin getah

- Digunakan untuk mengetuk, membentuk dan melipat kepingan logam lembut tanpa meninggalkan kesan.
- Boleh didapati dalam pelbagai saiz.
- Kepala gandin diperbuat daripada getah bagi mengelakkan permukaan kepingan logm daripada tercalar atau rosak semasa melakukan kerja.
3. Riveter

- Digunakan untuk memasang ribet secara kekal.
- Digunakan utnuk memasang kepingan logam pada rangka projek yang diperbuat daripada keluli lembut.
- Sepana dibekalkan untuk memasang atau menanggalkan nozel jika hendak menggunakan ribet yang berlainan saiz.
4. Hot glue gun

- Digunakan untuk mencairkan glu panas semasa proses mengglu.
- Elemen pemanasnya memerlukan masa lebih kurang 5 minit untuk mencairkan glu.
- Apabila picu ditarik, glu yang cair akan dikeluarkan.
- Rapatkan bahagian yang hendak dicantum sehingga glu sejuk bagi mendapatkan hasil cantuman yang sempurna.
5. Stapler gun

- Digunakan untuk menyambung kepingan yang nipis dan lembut seperti kain kanvas, kulit, PVC nipis, kepingan papan lapis, MDF, dan mounting board.
- Digunakan bersama dengan pelbagai saiz dawai kokot.
- Sebelum proses menyambung dilakukan, bahagian yang hendak dicantum hendaklah dirapatkan.
- Jenis yang sesuai ialah heavy duty.
6. Penebuk pusat

- Kegunaan : Menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum kerja menggerudi dilakukan supaya mata gerudi tidak tergelincir semasa kerja mengerudi dijalankan.
- Mempunyai mata yang bersudut 90 darjah dan digunakan bersama tukul bonggol bulat.
1. Mesin gergaji jig

- Kegunaan :
- Memotong lengkung, bulat, dan lurus pada papan lapis, MDF, dan papan.
- Memotong bahan seperti kayu, logam lembut, dan perspek.
- Mata pemotong gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi.
- Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah:
- Suis-Menghidupkan motor.
- Pemegang-Menetapkan pegangan semasa menggergaji.
- Pemegang mata-Menetapkan mata gergaji jig pada benda kerja.
- Mata-Memotong bahan yang hendak dipotong.
- Tapak-Menahan benda kerja ketika memotong, boleh dicondongkan sehingga 45 darjah.
- Motor-Menggerakkan mata gergaji jig.
2. Cordless screw driver

- Kegunaan : Melonggar atau mengetatkan skru, Menebuk lubang kecil pada kepingan kayu dan logam dengan memasang mata gerudi pintal pada rahang bindu.
- Menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula dan boleh dibawa kemana-mana tanpa wayar.
- Dipasang dengan mata pemutar skru mengikut bentuk alur atau kepala pada skuru tersebut.
- Bahagian utama dan fungsinya adalah seperti dibawah:
- Bindu dan rahang bindu-Memegang mata pemutar skru.
- Motor-Memutarkan bindu.
- Suis-Menghidupkan dan mematikan motor.
- Mata pemutar skru-Memutarkan skru.
- Pemegang-Memegang mesin semasanproses menskru.
- Pengunci bindu-Mengetatkan cengkaman pada rahang bindu.
- Pengecas bateri-Mengecas semula bateri mesin.
- Tuil pelaras putaran-Mengubah arah putaran bindu apabila tuil berada di tengah-tengah, tuil bertindak sebagai suis iaitu melaras putaran bindu sama ada tinggi atau rendah.
- Bateri-Membekal kuasa elektrik bagi menggerakkan motor.
3. Mesin pelelas


- Kegunaan :
- Melelas permukaan kayu atau plastik.
- Meratakan permukaan projek kayu.
- Meratakan permukaan yang disapu tepung penyumbat.
- Membuang bahagian karat pada keluli sebelum kemasan.
- Dua jenis :
- Belt Sander
- Disc Sander
- Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah :
- Motor-Menggerakkan sander.
- Pemegang-Memegang mesin semasa kerja merata dan melicinkan bahan.
- Tapak-Tempat pemasangan kertas pelelas.
- Tuil pelaras-Melaraskan tapak sander.
- Suis-Hidupkan motor sander.
- Kekunci suis-Mengunci suis semasa kerja melelas.
- Kabel-Menyalurkan bekalan elektrik.
- Penyepit-Menyepit kertas las pada tapak sander.
1. Skru benam sendiri

- Digunakan untuk kerja-kerja pemasangan dan penyambungan.
- Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang.
2. Ribet(Rivet)
.png)
- Digunakan untuk menyambung bahan secara kekal.
- Meribet boleh dilakukan menggunakan set ribet atau pop ribet.
3. Glu panas(Hot melt glue)

- Digunakan untuk menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis.
PROSES REKABENTUK
1. Mengenal pasti masalah
- Masalah & keperluan yg perlu diatasi
- Kumpul maklumat
- Hasilkan idea dalam bentuk lakaran bebas
2. Memilih idea yang terbaik
- Hasilkan beberapa idea
- Pilih idea terbaik
3. Mereka bentuk projek berdasarkan idea terbaik yang telah dipilih
- Lakaran rekabentuk dalam 2D atau 3D
- Lakaran diguna sebagai lukisan kerja semasa pembinaan projek
4. Perancangan dan pembinaan projek
- Perancangan : senarai bahan dan kos, senarai alatan tangan dan mesin, jadual kerja,kaedah atau teknik pembinaan.
- Pembinaan : Berdasarkan lukisan kerja & perancangan yang disediakan
5. Pengujian dan pengubahsuaian projek
6. Membuat pendokumentasian
LUKISAN PROJEK
- Tentukan pemilihan lakaran terbaik berdasarkan faktor utama reka bentuk untuk dijadikan lukisan projek.
- Lukisan projek mempunyai ukuran atau dimensi dan catatkan juga jenis bahan dan kaedah pembinaan dalam lukisan tersebut.